Back Forum New

Teknik Pertarungan

Post Last Edit by babytsuki at 9-9-2011 18:02

Post Last Edit by BoomBM at 8-9-2011 16:16

Teknik Asas (dimana perlu tahu sebelum belajar cara dan teknik yang mendalam):

Mengira jarak dengan map kecil (yang berada di atas kanan skrin) :

Dalam map kecil, terdapat satu kotak putih kecil (dimana boleh menguna tertikus untuk mengerakkannya), dalam kotak kecil, dari akhir kiri hingga akhir kanan, dikira sebagai jarak 10, kalau berada di tengah kotak putih, dikira sebagai jarak 5.
Macam mana dengan jarak yang lebih daripada kotak putih kecil itu, iaitu lebih daripada jarak 10?
Senang sahaja, lepas satu jarak kotak putih kecil, ingatkan jarak kotak putih tersebut, gunakan tertikus mengerakkan kotak putih itu mengirakan satu kali lagi. Contohnya, 1 kotak putih + setengah jarak kotak putih, iaitu jarak 10+ jarak 5 = jarak 15.

Contoh lain, lihat gambar~


dari gambar, para pemain boleh tahu, jarak 1 kotak putih ini dikira sebagai jarak 10


disini pula, jarak ialah 4

kesimpulan yang boleh dibuat ialah, jarak antara pemain biru dengan pemain merah ialah, jarak 10 + jarak 4 = jarak 14


*cara megira jarak ini adalah penting, kerana semua teknik yang biasa digunakan, akan memakai cara ini untuk mengira jarak antara anda dengan musuh anda. Sebelum belajar cara atau teknik menyerang, ia adalah penting untuk menyesuaikan diri dengan cara mengira jarak ini, perlu dikira dengan cepat dan jitu.

*cara mengira tiupan angin, biasanya kalau arah angin ialah tiup ke depan, maka sudut perlu ditambahkan, sebaliknya kalau tiup ke belakang, sudut perlu ditolak. Ini akan lebih jelas bila belajar teknik serangan dibawah nanti.

Contoh, lihat gambar~


keadaan dimana arah angin dikatakan tiup ke depan pemain, dalam keadaan ini, sudut tembakan akan ditambah bersama kuasa angin.


keadaan dimana arah angin dikatakan tiup ke belakang pemain, atau dikatakan angin yang tiup bertentangan dengan pemain, keadaan ini pula, sudut perlu ditolak bersama kuasa angin.

tak faham tak apa, ini akan jadi lebih jelas bira para pemain lihat cara menyerang dibawah nanti~

*satu tip lagi untuk para pemain ialah, HANTAR!!!



Sebagai seorang pemain boomz yang mahir dan pakar, adalah tidak mencukupi hanya handal dalam menyerang sahaja, adalah penting untuk menggunakan HANTAR dalam situasi yang sesuai, contohnya apabila tidak dapat cari tempat yang sesuai untuk menyerang, ataupun semasa dikepung oleh musuh, dalam keadaan sebegini, adalah efektif untuk menggunakan HANTAR untuk menukar tempat, HANTAR juga boleh diguna bersama limunan, lepas menggunakan limunan, gunakan HANTAR supaya musuh tidak begitu senang untuk mencari tempat baru yang di-HANTAR-kan.

-------------------------------------------------------------------------------------

Teknik menyerang:

Terdapat beberapa jenis teknik menyerang, teknik yang berbeza akan mempunyai hasil serangan yang berbeza dalam keadaan yang berbeza. Oleh itu, adalah seorang pemain yang mengetahui banyak cara teknik menyerang, beliau akan mempunyai kelebihan dalam pertarungan tersebut.

Teknik pertama, Serangan 30 sudut :



Sudut 30 - atau + kuatan tipuan angin = sudut menembak
*kalau arah angin ialah ke arah depan pemain, +
*kalau arah angin ialah ke arah belakang, maka -
Dalam keadaan 0.5,0.6,0.7,0.8,0.9 pula dilihat sebagai 1.0.
Contohnya kuatan angin ialah 2.4, dilihat sebagai 2.0, dan 6.7 pula dilihat sebagai 7.0

Letakkan sudut tembakan dalam 30 sudut.
Lepas itu lihat kepada tiupan angin, iaitu: kekuatan tiupan angin dan arah tiupan angin (tiup ke arah depan atau tiup ke arah belakang para pemain sendiri)
Lepas itu, menyelaraskan sudut tembakan.

Contohnya dalam keadaan,
#pemain A berdiri di kiri, dan pemain B berada di kanan,
#dan kekuatan tiupan angin ialah 2.3, dan arah tiupan ialah dari kiri ke kanan.
Maka sudut menembakan bagi pemain A ialah, 30 + 2 = 32
Sudut menembakan bagi pemain B pula ialah, 30 - 2 = 28

Akhir sekali ialah kuasa serangan (iaitu menekan parang penjarak), ini memerlukan para permain menghafalkannya, tiada cara lain.
Jarak        1        2        3        4        5        6        7        8        9        10        
Kuasa      14      20      24.7   28.7    32.3    35.7   38.8    41.8   44.7    47.5
      
Jarak        11       12      13      14      15      16      17      18      19      20        
Kuasa      50.2    52.8   55.3   57.9   60.3   62.7   65.7   67.5   68.9    72.1        

*Contoh, Jika jarak antara pemain A dan B ialah 14, maka kuasa yang diperlukan ialah 57.9.

-------------------------------------------------------------------------------------

Teknik kedua, Serangan 50 sudut :



Sudut 50 - atau + (kuatan tipuan angin x 2)= sudut menembak
Cara atau teknik ini, kebanyakannya sama seperti cara serangan sudut 30, cuma kuasa tiupan angin perlu didarab dua (x2) sebelum tolak ataupun tambah dalam menentukan sudut tembakan.

Contohnya dalam keadaan,
#pemain A berdiri di kiri, dan pemain B berada di kanan,
#dan kekuatan tiupan angin ialah 2.3, dan arah tiupan ialah dari kiri ke kanan.
2.3 x 2 = 4.6
4.6 dilihat sebagai 5
Maka sudut menembakan bagi permain A ialah, 50 + 5 = 55
Sudut menembakan bagi permain B pula ialah, 50 - 5 = 45

Jarak        1        2        3        4        5        6        7        8        9        10        
Kuasa     14.1    20.1   24.8    28.8   32.5   35.9    39       42     44.9    48.3     
   
Jarak        11      12      13      14      15      16      17      18      19      20        
Kuasa     50.5     53     55.5    58     60.5    63     65.5    68     70      72.5        

*Jadual di atas ialah kuasa untuk sudut 50, para permain boleh dapati, perbezaannya tidak jauh beza dengan teknik sudut 30.


-------------------------------------------------------------------------------------

Teknik ketiga, Serangan 65 sudut :



Sudut 65 - atau + (kuatan tipuan angin x 2)= sudut menembak
Cara sama seperti teknik serangan 50 sudut, cuma jadual kuasa berbeza.

Jarak        1        2        3        4        5        6        7        8        9        10        
Kuasa      13      21      26      31.5    37      41      44     48.5      53      56        

Jarak        11      12      13      14      15      16      17      18      19      20        
Kuasa       58      61      64      67      70      73      76      79      82      85        


*Tip - kalau anda berada di tempat kanan, dengan menggunakan cara teknik sudut 65 ini, tambah dengan Misil Trisula, ia boleh menyebabkan semua serangan Misil Trisula jatuh dalam satu tempat yang sama, tapi ingat, cara ini hanya berfungsi jika anda berada di kanan.

-------------------------------------------------------------------------------------

Teknik keempat, Serangan 60 kuasa :



90 - (jarak x 2) -/+ (kuasa angin x 2) = sudut serangan.

Cara teknik ini berbeza dengan 3 teknik di atas, kuasa untuk cara ini ialah tetap, iaitu tetap 60. Dan sudutnya mula dari 90. Cara pengiraannya ialah seperti berikut :

Contohnya dalam keadaan,
#pemain A berdiri di kiri, dan pemain B berada di kanan, dan jarak ialah 7
#dan kekuatan tiupan angin ialah 2.3, dan arah tiupan ialah dari kiri ke kanan.
Jarak 7 x 2 = 14
Kuasa angin 2.3 x 2 = 4.6, dilihat sebagai 5
Maka sudut menembak bagi pemain A ialah, 90 - 14 + 5 = 81
Bagi pemain B pula, 90 - 14 - 5 = 71

-------------------------------------------------------------------------------------

Teknik kelima, Serangan 90 kuasa :



90 - jarak -/+ (kuasa angin x 2) = sudut serangan.

Caranya agak sama seperti teknik serangan 60 kuasa, apa yang berbeza ialah, sudut 90 terus menolak jarak tanpa menggunakan jarak x 2 seperti apa yang berlaku di teknik serangan 60 kuasa, dan kuasa yang digunakan juga beza, serangan kuasa 90, seperti namanya, menggunakan kuasa 90 yang tetap.

Contohnya dalam keadaan,
#pemain A berdiri di kiri, dan pemain B berada di kanan, dan jarak ialah 7
#dan kekuatan tiupan angin ialah 2.3, dan arah tiupan ialah dari kiri ke kanan.
Jarak 7
Kuasa angin 2.3 x 2 = 4.6, dilihat sebagai 5
Maka sudut menembak bagi pemain A ialah, 90 - 7 + 5 = 88
Bagi pemain B pula, 90 - 7 - 5 = 78

Kuasa yang digunakan ialah 90 tetap

-------------------------------------------------------------------------------------
Harap semua teknik diatas, dapat menolong para pemain ya~
Favor Share

Back Forum

MMOG.asia Forum