Back Forum New

Panduan Cabaran Boss

Post Last Edit by babytsuki at 20-9-2011 15:33

Post Last Edit by babytsuki at 20-9-2011 15:18


Sarang Semut:



Stage 1:



Semut Pertahanan akan datang dari dua arah, bahagikan pasukan anda untuk menyerang mereka!! Tewaskan 20 Semut Pertahanan untuk selesai Stage ini.
Nota: Apabila Semut Pertahanan mendekati anda, laraskan darjah serangan anda! Jika tidak, anda akan dicedera oleh sendiri!

Stage 2:



Tewaskan Ratu Semut untuk harta yang lumayan! Laraskan darjah serangan anda ke 20°, dengan kuasa serangan penuh.

-----------------------------------------------------------------------------------



Alam Pukku



Stage 1:



Stage 1 Pukku, hanya memerlukan para pemain tewaskan semua musuh sahaja, kesusahan yang berbeza, bilangan musuh dan kekuatan musuh juga akan berbeza. kesusahan mudah dan serderhana perlu menewaskan 15 pukku yang agak lemah, manakala kesusahan susah dan wira pula memerlukan para pemain menewaskan 20 pukku yang kuat.

Stage 2:



Stage 2 Pukku, perlu para pemain menewaskan Barov, para pemain diperlu menyerang plaster yang berada di belakang badan Barov. Oleh itu, apabila berdepan dengannya dan terdapat pukku kecil maka boleh menewaskan pukku kecil, kalau tidak, tekan butang "P" skip sahaja. Sebab kalau serang depan barov pun, tidak akan membawa apa-apa kecederaan terhadapnya. Barov juga akan berdepan ke arah yang mempunyai pemain yang banyak, contoh dalam keadaan dimana terdapat 3 pemain, 2 di kiri, 1 di kanan, maka barov akan berdepan ke arah kiri iaitu 2 pemain dan belakang badannya ke arah kanan iaitu 1 pemain.

Seterusnya terdapat 4 lokasi para pemain, iaitu 2 yang dekat dengan Barov dan 2 yang berada jauh dari barok.

Lokasi yang berdekat dengan barov, sudut yang digunakan ialah 55, kuasa 45
Lokasi yang jauh dari barov pula, sudut yang digunakan ialah 45, kuasa 50

Stage 3:



Stage 3 pukku agak susah sikit kerana boss ini bukan sahaja boleh membeku para pemain malah boleh memulih darahnya sendiri dan juga menggunakan perisai untuk menghalang para pemain menyerangnya. Dalam stage ini jika salah seorang kawan para pemain telah dibeku oleh boss, perlulah cepat menyelamatkannya dengan menyerang kawan itu dengan 1 serangan supaya dapat pecah ais itu, jika tidak pecahkan ais itu boss ini akan sambung menyerang dengan satu hentaman ke tanah dan ini akan menyebabkan 1hit KO kepada kawan yang dibekukan itu.

Boss dalam stage ini mempunyai 2 status, yang pertama ialah status biasa dimana warnanya ialah kuning, dalam status ini ia boleh memulihkan darahnya dan ini bergantung kepada kesusahan, kalau serderhana 5000 hp, susah 7000hp, dan hero 10000 hp. Tetapi ia agak senang ditewaskan kerana ia tidak akan menggunakan perisai untuk menghalang serangan. Akan tetapi apabila boss yang warna kuning ditewas oleh para permain ia akan berubah menjadi status yang kedua iaitu berwarna merah.

Boss yang menjadi status kedua iaitu apabila telah menjadi warna merah, ia mempunyai serang yang boleh membekukan para pemain dan juga akan menggunakan perisai untuk menghalang para pemain. Seperti mana yang dikatakan diatas, apabila salah seorang kawan telah dibekukan, ahli yang lain perlu memecahkan ice tersebut, kalau tidak boss akan mematikan kawan tersebut dengan 1 serangan sahaja. Untuk menewaskan boss dalam stage 3 ini, teknik serang yang paling sesuai ialah, serangan sudut 65, serangan kuasa tetap 60 atau serangan kuasa tetap 90 (kalau tidak tahu apa itu serangan yang disebutkan, boleh pergi forum cari cara serangan yang dihuraikan ini.)

Stage 4:



Boss dalam stage ini, mempunyai serangan yang kuat, dan ia akan meletupkan dirinya, dan ini akan menyebabkan cabaran para pemain menjadi gagal.

Boss dalam stage ini sebaik sahaja ia menunjuk dirinya, ia akan memberi satu serangan yang kuat kepada para pemain. Serangan ini akan menyebabkan para pemain menghilangkan ribuan darah. Selepas serangan boss, giliran para pemain memulih darah ahli pasukan, apa yang dinasihatkan ialah para pemain berdiri sekumpulan supayah sayap malaikat dapat memulihkan semua ahli.

Boss dalam stage ini akan memanggil keluar 2 anak buahnya "bom kecil", para pemain dinasihat tewaskan bom kecil ini, jikalau tidak ia akan meletupkan diri apabila ia berdekat dengan pemain dan letupan ini akan menyebabkan cedera yang serius terhadap pemain. Apabila menyerang boss adalah dinasihat supaya menyerang kepalanya, ini akan membawa serangan yang efektif kerana kepala boss ialah kelemahanya. Boleh mengunakan sudut 45, kuasa 45 untuk menyerang~

Apabila boss menyalak api atasnya sendiri untuk meletupkan dirinya, para pemain boleh menggunakan misil beku untuk memadamkan api itu, sudut 45 dan kuasa 45 juga digunakan (nota, kuasa perlu diselaraskan dengan tiupan angin~). Boss ini juga akan menahan salah seorang ahli daripada menggunakan alat dalam beberapa pusingan.

-----------------------------------------------------------------------------------

Puak Iblis



Stage 1:



Apabila cabaran mula, para pemain berdiri di tepi kanan. Pemain yang mempunyai darah dan tahanan yang tinggi boleh terbang ke depan untuk menghalang musuh mendekati pasukan anda. Stage ini memerlukan para pemain menewaskan 20 musuh.

Stage 2:



Stage ini memerlukan para pemain menggunakan sayap malaikat untuk memulihkan darah pokok kecil, dan pada masa yang sama pemain yang mempunyai darah dan tahanan tinggi boleh terbang kedepan untuk menghalang musuh mendekati pasukan anda.


Stage 3:





Stage ini memerlukan pasukan pemain bekerjasama untuk melepasi cabarn. Terdapat dua boss dalam stage ini, kedua-dua boss akan menggunakan totem yang boleh melemahkan para pemain, atau juga akan mengikat sudut para pemain, menyebab para pemain tidak dapat menyelaraskan sudut tembakan. (kalau terdapat totem, perlu musnahkannya supaya tidak menjejaskan serangan pasukan). Selain ini boss juga akan menggunakan tikaman tanah dan juga memulihkan darah mereka sendiri.

Para pemain dinasihat supaya abaikan askar kecil dipanggil keluar oleh boss, tumpukan serang terhadap 2 boss. Akhir sekali, yang juga paling penting, jikalau salah satu boss teleh ditewas oleh pasukan pemain, boss yang satu lagi akan membangkit semula boss yang telah ditewaskan oleh pasukan pemain. Oleh itu apa yang perlu dibuat oleh para pemain ialah, 2 boss perlu di tewas dalam pusingan yang sama.

Stage 4:



Pasukan pemain akan bermula di tepi kanan, ahli pasukan dinasihat menjarakkan diri supaya jangan berdekatan dengan ahli yang lain. Seperti biasa seorang ahli yang mempunyai darah dan tahanan yang tinggi terbang ke depan, tujuannya untuk menghalang askar kecil yang dipanggil oleh boss mendekati pasukan anda dan juga  menahan serangan api dari boss.

Boss dalam stage ini terdapat 2 status. Status pertama boss akan memanggil keluar totem hijau dan merah, hijau akan memulihkan darah manakala merah akan meletup, totem merah dinasihat musnahkanya secepat mungkin. Apabila boss status pertama telah ditewas oleh pasukan pemain, ia akan menjadi status kedua dimana berwarna merah. Boss status kedua ini akan menggunakan teknik untuk memindah para pemain ke tempat lain. Kalau pemain dipindah berdekat dengan boss, ingat cepat terbang ke tempat lain supaya menjauhi boss. Biasanya macam ini, boss membakar pemain yang berdekat dengan pokok hijau, lepas itu memindah pemain ke tempat lain, lepas itu pokok hijau menukar tempat. Ini akan berulangan, stage ini memerlukan masa yang agak panjang.

-----------------------------------------------------------------------------------

Kubu Gelap



Stage 1:



Stage ini memerlukan para pemain memecahkan pintu gerbang musuh, tapi bukan dengan tembakan atau serangan pasukan pemain tetapi dengan menunggu kereta yang membawa bahan letupan mendekati pintu tersebut. Kereta memerlukan 3 pusingan untuk sampai ke pintu. Para pemain diminta membawa misil beku sebanyak mungkin.

Terdapat beberapa keadaan dimana para pemain perlu mengambil perhatian.
1. Dalam perjalanan ke pintu musuh, kereta akan menghilangkan darahnya kerana terbakar, oleh itu pasukan anda perlu menggunakan sayap malaikat untuk memulihkan darah kereta.

2. Goblin Pelayan, akan mendekati kereta, dan ini akan menyebabkan kereta meletup sebelum sampai ke pintu musuh. Oleh itu, cuba sedaya upaya untuk menewas goblin pelayan supaya ia tidak menyebabkan kereta letup.

3. Kepala naga diatas pintu gerbang akan menghembus api, dan ini akan menyebabkan kereta rosak. Kepala naga berfungsi macam ini, status tutup mata 1 pusingan, status buka mata 1 pusingan, status hembus api 1 pusingan, ini akan berulang. Apa yang boleh pemain buat ialah apabila naga buka matanya, dalam pusingan ini gunakan misil beku untuk bekukan kereta supaya hembusan api dalam pusingan seterusnya tidak akan memusnahkan kereta.

Stage 2:



Stage ini terdapat 2 boss iaitu helang dan serigala. Kedua-dua boss ini berkongsi 1 darah, akan tetapi hanya 1 boss sahaja boleh dicedera, yang 1 lagi akan dalam status kekebalan. Macam mana untuk mengetahui boss yang mana satu akan terima cedera? Tengoklah gambarajah yang menunjukkan darah/hp boss, contohnya kalau helang, maka helang yang akan menerima cedera. Dalam stage ini, salah seorang pemain akan dipilih menjadi mangsa serigala dimana serigala hanya akan menumpul serangan terhadap pemain tersebut, maka pemain yang dipilih itu gunalah Hantar, jauhkan diri dengan ahli lain.

Stage 3:



Dalam stage ini, pada mulanya boss akan memanggil keluar 3 api kebencian, dalam pusingan yang seterusnya, boss akan menghisap tiga api ini. Dan boss adalah dalam keadaan kekebalan, ia tidak akan dicederakan.

Dalam keadaan:
Apabila 1 api dihisap oleh boss, maka ia akan memulih sedikit darah
Apabila 2 api dihisap oleh boss, maka ia akan memulih banyak darah
Apabila 3 api dihisap oleh boss, maka ia akan memulih banyak darah dan akan menyerang pemain dengan kuasa yang dahsyat.

Oleh itu, para pemain dinasihat musnahkan semua tiga api yang dipanggil keluar oleh boss sebelum dihisap olehnya, kalau boss tidak dapat lagi menghisap api, ia akan masuk status pening. Masa inilah ialah peluang yang baik bagi para pemain sekalian untuk melancarkan serang terhadap boss kerana dalam status ini sahaja boss dapat dicederakan oleh para pemain. Apabila boss bangun dari status pening, ia akan melancar serangan dengan lompat ke tempat salah satu ahli pemain.

Apabila boss ditewaskan, ia akan masuk ke status kedua, dalam status ini pertahanan dan darah boss menjadi rendah, dan hanya mempunyai 2 cara serangan, iaitu pijak dan langgar dan bukan lagi serangan dekat, para pemain dinasihat jangan berdiri terlalu dekat dengan ahli pasukan lain supaya tidak melibatkan ahli lain jika diserang oleh boss.

-----------------------------------------------------------------------------------

Hutalala



Stage 1:



Dalam stage ini boss akan memandu mesin robot berlawan dengan para pemain. Robot itu akan dinaikkan ke atas setiap pusingan, setiap tingkat yang dinaikan mempunyai serangan yang beza. Dalam stage ini, setiap ahli dinasihat supaya jangan berdiri terlalu dekat, supaya serangan boss tidak dapat mengancamkan semua ahli.


Stage 2:



Stage ini para pemain perlu menewaskan 3 sasaran musuh yang menduduki dalam satu kereta kebal yang besar. Pada mulanya boss yang berada ditengah adalah kebal , oleh itu adalah dinasihat supaya tewaskan boss yang duduk di depan, lepas itu boss yang paling belakang. Kalau kedua-dua boss ini telah ditewas, maka boss yang ditengah akan kehilangan perisai, masa inilah para pemain baru dapat mencederakanya.

Stage 3:



Stage ini boleh dikatakan stage yang paling susah dalam cabaran Hutalala kerana memerlukan para pemain menyerang dengan jitu. Boss dalam stage 3 mempunyai beberapa teknik menyerang yang agak bermasalah kepada para pemain.

Serangan pertama, boss akan memanggil keluar keranda dan mengurungkan salah satu ahli pasukan kedalamnya. Ahli lain perlu menyerang kepala keranda untuk memusnahkannya, jangan serang badan keranda kerana ini akan menyebabkan ahli yang terperangkap dalam keranda tersebut turut cedera.

Serangan kedua, boss akan memanggil keluar satu besi panas untuk mencederakan pemain, ia bukan sahaja boleh mencederakan pemain, ia juga akan menyebabkan pemain itu bergerak kedepan, dan kalau pemain itu berdiri dekat dengan tepi maka masa ini dia akan jatuh dan mati. Gunakan misil beku untuk bekukan besi panas ini (perlu 2 kali serangan misil beku)

Serangan ketiga, boss akan menangkap seorang pemain dan meletakannya di tepi atas. Pada masa yang sama boss akan meletakkan satu batu timbang atas pemain itu. Dalam keadaan ini ahli pasukan yang lain perlu musnahkan batu timbang tersebut. Jikalau dalam satu pusingan, ahli sepasukan gagal musnahkanya maka pemain dibawah batu timbang itu akan mati.

Stage 4:



Boss dalam stage ini ialah seekor naga yang besar. Dan para pemain dinasihatkan membawa masuk misl beku sebanyak mungkin. Hanya serangan terhadap matanya sahaja membawa cedera kepada boss, serangan selain daripada mata boss tidak akan menyebabkan boss cedera. Boss akan meniupkan angin yang kuat dan ini akan menjatuhkan pemain yang bediri dekat tepi. Adalah dinasihatkan bahawa para pemain diri di tengah, dengan sudut 50 dan kuasa tembakan 50, dapat menyerang mata boss.

Boss akan memanggil keluar naga kecil yang akan mengganggu para pemain, dinasihat abaikan naga kecil, tumpukan serangan terhadap naga boss.
Apabila pak cik yang memandu kapal udara, melancarkan misil ais, maka para pemain juga perlu ikut bersama lancarkan misil beku anda ke tempat ais, ini memerlukan 2 kali misil ais untuk menjadikan batu ais besar, ini adalah untuk menghalang hembusan api yang akan membawa maut.
Favor Share

Back Forum

MMOG.asia Forum